PERSATUAN AMAL IBU TUNGGAL DAN WANITA NEGERI KELANTAN (MAWAR) No. Pendaftaran 1291-11-KEL
Thursday, 4 May 2017
Tuesday, 19 May 2015
Tuesday, 18 November 2014
Saturday, 15 June 2013
Pengenalan
Seseorang wanita dianggap ibu tunggal apabila kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas membesarkan anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai dan diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya atau seorang wanita yang digantung tidak bertali tidak diberi nafkah atau wanita dalam proses bercerai.
Mengikut demensi kemiskinan wanita yang menjadi ibu tunggal adalah antara kumpulan yang termasuk katagori miskin yang harus diberi perhatian. Kemiskinan dalam kalangan ibu tunggal berlaku disebakan faktor-faktor bilangan tanggungan ang ramai, mealukan pekerjaan yang tidak menjana pendapatan yang tinggi disektor tidak formal, tidak bekerja, tidak melakukan kerja sampingan, umur yang tua dan tidak sihat serta pendidikan rendah.
Kajian mengenai kemiskinan bandar menunjukkan Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Alor Setar merupakan bandar yang mempunyai jumlah ibu tunggal miskin yang ramai. Peningkatan jumlah penceraian terutamanya dalam kalangan pasang muda menggambarkan telah berlaku peningkatan dalam jumlah ibu tunggal.
Mengikut statistik yang telah dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata Banci Penduduk Dan Perumahan Malaysia 2010, seramai 831,860 wanita iaitu 2.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia adalah balu atau telah bercerai atau berpisah.
Maka atas kesedaran ini MAWAR telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah meningkatkan pendapatan ibu-ibu tunggal dan wanita yang kurang bernasib baik melalui peluang pekerjaan untuk mereka meningkatkan kearah pembangunan dirikeluarga dan seterusnya kepada negara.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Seseorang wanita dianggap ibu tunggal apabila kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas membesarkan anak-anak atau seorang wan...