Program-program

27&28 APRIL 2018 

Persatuan mawar telah menganjurkan program 1 rumah 1 taman bertempat Cameron Higland selama 2 hari 1 mlm. Jutaan terima kasih kpd Teh Boh sbb menaja breakfast kami











19 MAC 2017

kini mawar mengorak satu lagi langkah dgn menubuhkan sebuah koperasi iaitu KOPERASI MAWAR KELANTAN BERHAD.Semalam 18.3.2017 telah berlangsungnya mesyuarat permulaan koperasi di Hotel Habib yang dihadiri oleh timbalan pengarah suruhanjaya koperasi kelantan En Zainuddin b Mohamed.ribuan terima kasih diucapkan kepada mereka y terlibat.












18 MAC 2017

SUKAN SUNNAH&SUKAN  RAKYAT SEMPENA SAMBUTAN HARI WANITA ANTARABANGSA 2017





26 DISEMBER 2016
PROGRAM SUMBANGAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN

















04 NOVEMBER 2016
MAWAR TELAH MENGANJURKAN PROGRAM SERAMIK BERSAMA PELAJAR UITM SHAH ALAM











22 OGOS 2016
PROGRAM MOTIVASI PEKERJA BERSAMA JPW








01 OGOS 2016

POGRAM PELANCARAN PRA SAMBUTAN HARI WANITA KEBANGSAAN 2016 BERSAMA DATO' SRI  ROHANI  ABDUL KARIM DI KUALA TERENGGANU







19 MAC 2016


Terima kasih diucapkn kepada food aid foundation.. Alhamdulillahh majlis bersama tengku temenggon kelantan berjalan dgn Lancar. ..tahniah buat kelab permotoran Alzarian,myvi,&viva negeri kelantan kerana membawa anak anak kami ke gudang food aid 









MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN 26.12.2015

                     















MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2015




               











MAJLIS BERBUKA PUASA DAN MEMBERI ZAKAT KEPADA IBU-IBU TUNGGAL DAN ANAK-ANAK YATIM 2015

                   


Pengerusi dan Setiausaha MAWAR menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal














PROGRAM-PROGRAM 2015


LUNCH OF THE MALAYSIAN SOCIAL ENTERPRISE BLUEPRINT (MAGIC)





 MAWAR  antara  NGO yang terpilih untuk program keusahawanan MAGIC yang  dirasmikan  oleh Perdana Menteri Malaysia  Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak.











PROGRAM MASTERCHEF MEGA BERSAMA UITM MACHANG 2015






 Pengerusi dan setiausaha MAWAR antara yang menjadi jemputan VIP



TAKLIMAT TATACARA KERJA STAFF DENGAN TNB




MAJLIS MAKAN MALAM BERSAMA STAFF MAWAR 2015









PROGRAM-PROGRAM 2014


Mawar sebagai badan NGO memberi sumbangan kepada para pekerja di Kuala Krai yang menjadi mangsa banjir

Pengerusi (Pn Siti Norbaya) dan Setiausaha (Pn Nurani) Mawar memberi sumbangan kepada pekerja yang menjadi mangsa banjir

 Antara sumbangan yang diberikan


 mangsa-mangsa banjir





PROGRAM TAHUNAN BANTUAN PAKAIAN PERSEKOLAHAN 2014  25/12/2014




Pengerusi persatuan Mawar dan pengerusi persatuan Tunas Harapan Kelantan menyampaikan sumbangan



 Pengerusi persatuan Tunas Harapan Kelantan memberi sumbangan kepada ibu pelajar yang juga pekerja Mawar












                        wajah-wajah yang hadir utk menerima sumbangan pakaian persekolahan 2014


PENERANGAN PRESTASI KERJA OLEH TNB









 TAKLIMAT DARIPADA PK HJ ZAINAL SERTA MERAIKAN PERPISAHAN BELIAU






SURPRISE BIRTHDAY PARTY  PENGERUSI






DINNER BERSAMA KAKITANGAN MAWAR






RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI BERSAMA MAWAR























PROGRAM YANG DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2013




1. Program Jualan Produk Ibu-ibu Tunggal



Pada 23 Mei 2013 (Khamis), telah berlangsungnya Program "Jom Masuk U" di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Pengkalan Chepa. UMK telah bekerjasama dengan MAWAR bagi menjayakan program tersebut. Pada hari tersebut MAWAR telah membuka gerai bagi menjual produk-produk yang dihasilkan oleh ahli Persatuan MAWAR. Program ini telah mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar Tingkatan Enam yang bakal memasuki universiti.

2.  Majlis Jamuan Berbuka Puasa dan Agihan Zakat / Beras.

Pada 04 Ogos 2013, Persatuan MAWAR telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di Gelanggang Seni yang telah dihadiri oleh ahli-ahli MAWAR. Agihan zakat dan beras telah diberikan kepada semua ahli MAWAR dan anak-anak yatim.

3.  Agihan Kuih Raya kepada Ahli daripada MAWAR

4.  Majlis Jamuan Hari Raya

Pada 03 September 2013, Persatuan MAWAR telah mengadakan sambutan Majlis Hari Raya bersama ahli-ahli MAWAR serta tetamu undangan di Gelangga







PROGRAM YANG TEAH DILAKSANAKAN PADA 2012

1. Sambutan Hari Keluarga


MAWAR telah mengadakan satu program khusus buat ahli-ahli MAWAR iaitu Sambutan Hari Keluarga. MAWAR telah mengadakan Sambutan Hari Keluarga di Perdana Resort Kota Bharu, Kelantan selama 2 hari 1 malam pada 30 dan 31 Mac 2012. Ahli-ahli MAWAR turut membawa keluarga mereka bersama-sama bagi memeriahkan lagi suasana.


2. Majlis Hari Raya 



Pada 31 Ogos 2012, telah berlangsungnya Majlis Hari Raya Aidilfitri di depan pejabat MAWAR. Majlis ini dianjurkan bersama oleh Persatuan Amal Ibu Tunggal dan Wanita Negeri Kelantan (MAWAR) dan Persatuan Kebajikan Tunas Harapan Negeri Kelantan (KELHOP). Pada majlis ini, turut menyumbangkan duit raya kepada anak-anak ahli persatuan.

3. Majlis Hari Raya  di TNB Bachok


Pada 9 September 2012, pihak TNB Bachok telah mengundang Persatuan MAWAR ke Majlis Hari Raya di Bachok. Ahli-ahli MAWAR telah hadir bagi memeriahkan lagi suasana majlis ini.








PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN PADA TAHUN 2011

Antaranya :

1. Majlis Penyampaian Watikah Kerja



MAWAR telah dijemput oleh Tenaga Nasional Berhad Kota Bharu untuk menghadiri satu Majlis Penyampaian Watikah Kerja pada 12 April 2011. Pihak Tenaga Nasional Berhad Kota Bharu telah memberi Watikah Kerja kepada Persatuan MAWAR sebagai tanda MAWAR telah mendapat kontrak kerja daripadaTenaga Nasional Berhad.


2. Majlis Berbuka Puasa di TNB Lundang



Pihak TNB Lundang telah menjemput Persatuan MAWAR berbuka puasa bersama-sama pada 4 Ogos 2011.Agihan wang zakat kepada seramai 150 orang ibu tunggal dan 60 orang anak yatim.


3. Program Usahawan




Pada 23 November 2011, MAWAR telah dijemput bagi menghadiri Bengkel Usahawan mengenai taklimat Bajet 2013 yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kelantan. Pemimpin-pemimpin MAWAR dan beberapa orang ahli MAWAR turut hadir dalam program tersebut.


4. Majlis Asyura


Pada 15 Disember 2011, Majlis Asyura TNB diadakan di Jalan Tok Hakim Kota Bharu.






No comments:

Post a Comment